Tuesday, October 2, 2018


Bahagian A – Berapa aiskrim anda nak makan?

Manual penggunaan


1.    Minta murid pilih nombor yang digemari dan lekatkan pada tempat yang ditetapkan Multifunctional Mathematical Board.

2.    Minta murid meletakkan bilangan gelang mengikut nombor yang dipilih.

3.    Minta murid yang berbeza untuk mengulangi langkah pertama dan kedua.

4.    Minta semua murid mengira jumlah persamaan itu bersama-sama.

5.    Minta seorang murid untuk lekat jawapan yang betul dan letakkan bilangan gelang yang betul.


Dalam bahagian A adalah berkaitan dengan teori Pembelajaran Piaget. Pada peringkat praoperasi iaitu kanak-kanak yang berumur 2 hingga 7 tahun, mereka mula mempunyai keupayaan mengenal pasti simbol-simbol di persekitaran mereka. Keupayaan pemikiran simbol menandakan kanak-kanak sudah mempunyai kesediaan untuk berbahasa, bercakap dan bertanya. Contohnya dalam situasi ini, murid dikehendaki memilih simbol nombor yang digemari dan seterusnya simbol nombor tersebut dilekatkan atas bentuk aiskrim yang telah dilakarkan pada papan “end product” kami.




Soalan 1: Manakah nombor yang anda paling suka? (Murid A)
Soalan 2: Bolehkah anda meletakkan nombor di atas papan ini? (Murid A)
Soalan 3: Bolehkah anda memasang jumlah gelang yang serupa dengan nombor berikut? (Murid A)

Soalan 1: Bolehkah anda memilih nombor yang anda paling gemar? (Murid B)
Soalan 2: Bolehkah anda meletakkan nombor di atas papan ini? (Murid B)
Soalan 3: Bolehkah anda memasang jumlah gelang yang serupa dengan nombor berikut? (Murid B)
Soalan 4: Bolehkah anda semua memberi jawapan yang betul? (Semua murid)




Bahagian B - Teka Siapa Saya?

Manual penggunaan
1)       Tunjuk satu contoh gambar rajah yang berbentuk segi tiga. (Patrick)
2)       Minta murid-murid perhatikan gambar rajah tersebut.
3)       Minta seorang murid untuk menyusun puzzle berdasarkan gambar rajah tersebut.
4)       Ulang langkah pertama hingga ketiga dengan gambar rajah bentuk bulatan (Doremon) dan seterusnya bentuk segi empat (Spongebob).

Dalam bahagian B adalah berkaitan dengan scaffolding, Teori Vygotsky. Mengikut Teori Vygotsky, perkembangan kognitif akan berlaku pada tahap yang lebih tinggi, iaitu apabila orang dewasa yang berada di samping kanak-kanak memberi tunjuk ajar, berbanding jika kanak-kanak melakukan tugasan tersebut sendirian atau tanpa bantuan. Guru memberi bimbingan dan bantuan kepada murid semasa mereka menyusun suai bentuk gambar yang kecil, contohnya memberi panduan mencari garisan luar bentuk gambar.

Soalan 1: Teka siapa saya? (Susun suai segi tiga yang kecil untuk mengetahui siapa saya)










Soalan 2: Teka siapa saya? (Susun suai bentuk-bentuk kecil untuk mengetahui siapa saya.)



  Soalan 3: Teka siapa saya? (Susun suai segi tiga dan segi empat yang kecil untuk mengetahui siapa saya.)

 


Bahagian CSekarang pukul berapa, Datuk Singa?

11)     Memperkenalkan jam dan masa secara ringkas kepada murid-murid.

22)     Memberikan satu situasi dan masa kepada murid.

33)     Pilih seorang murid untuk pusing kedua-dua jarum jam supaya tepat dengan masa yang diberikan.
            
Bahagian C berkaitan dengan scaffolding daripada Teori Vygotsky. Bahan pengajaran tersebut berfungsi sebagai kerangka yang menyokong proses pembelajaran kanak-kanak. Guru perlu berbual dan membimbing kanak-kanak untuk melakukan aktiviti atau menyelesaikan soalan dalam bahagian C. Kanak-kanak dapat memperolehi ilmu pengetahuan subjek Matematik iaitu tahu cara mengenal waktu dan jam melalui interaksi dengan guru.

Soalan 1 : Pukul berapa anda bangun?
Jawapan 1 : 7 pagi.


Soalan 2 : Pukul berapa anda balik rumah dari sekolah?
Jawapan 2 : 12 tengah hari.

Soalan 3 : Pukul berapa anda tidur?
Jawapan 3 : 9 malam.



Bahagian A – Berapa aiskrim anda nak makan ? Manual penggunaan 1.    Minta murid pilih nombor yang digemari dan lekatkan pada tem...