Bahagian B - Teka Siapa Saya?
Manual
penggunaan
1) Tunjuk satu contoh gambar rajah yang
berbentuk segi tiga. (Patrick)
2) Minta murid-murid perhatikan gambar rajah
tersebut.
3) Minta seorang murid untuk menyusun puzzle
berdasarkan gambar rajah tersebut.
4) Ulang langkah pertama hingga ketiga
dengan gambar rajah bentuk bulatan (Doremon) dan seterusnya bentuk segi empat
(Spongebob).
Dalam
bahagian B adalah berkaitan dengan scaffolding, Teori Vygotsky. Mengikut Teori
Vygotsky, perkembangan kognitif akan berlaku pada tahap yang lebih tinggi,
iaitu apabila orang dewasa yang berada di samping kanak-kanak memberi tunjuk
ajar, berbanding jika kanak-kanak melakukan tugasan tersebut sendirian atau
tanpa bantuan. Guru memberi bimbingan dan bantuan kepada murid semasa mereka
menyusun suai bentuk gambar yang kecil, contohnya memberi panduan mencari
garisan luar bentuk gambar.
Soalan
1: Teka siapa saya? (Susun suai segi tiga yang kecil untuk mengetahui siapa
saya)



No comments:
Post a Comment