Bahagian A – Berapa aiskrim anda nak makan?
Manual penggunaan
1. Minta murid pilih nombor yang digemari dan lekatkan pada tempat yang ditetapkan Multifunctional Mathematical Board.
2. Minta murid meletakkan bilangan gelang mengikut nombor yang dipilih.
3. Minta murid yang berbeza untuk mengulangi langkah pertama dan kedua.
4. Minta semua murid mengira jumlah persamaan itu bersama-sama.
5. Minta seorang murid untuk lekat jawapan yang betul dan letakkan bilangan gelang yang betul.
Dalam bahagian A adalah berkaitan dengan teori Pembelajaran Piaget. Pada
peringkat praoperasi iaitu kanak-kanak yang berumur 2 hingga 7 tahun, mereka mula
mempunyai keupayaan mengenal pasti simbol-simbol di persekitaran mereka.
Keupayaan pemikiran simbol menandakan kanak-kanak sudah mempunyai kesediaan
untuk berbahasa, bercakap dan bertanya. Contohnya dalam situasi ini, murid
dikehendaki memilih simbol nombor yang digemari dan seterusnya simbol nombor
tersebut dilekatkan atas bentuk aiskrim yang telah dilakarkan pada papan “end
product” kami.
Soalan
1: Manakah nombor yang anda paling suka? (Murid A)
Soalan
2: Bolehkah anda meletakkan nombor di atas papan ini? (Murid A)
Soalan
3: Bolehkah anda memasang jumlah gelang yang serupa dengan nombor berikut?
(Murid A)
Soalan
1: Bolehkah anda memilih nombor yang anda paling gemar? (Murid B)
Soalan
2: Bolehkah anda meletakkan nombor di atas papan ini? (Murid B)
Soalan
3: Bolehkah anda memasang jumlah gelang yang serupa dengan nombor berikut?
(Murid B)
Soalan
4: Bolehkah anda semua memberi jawapan yang betul? (Semua murid)
No comments:
Post a Comment